Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Sibu Mencapai 32 90 Peratus Penyelesaian Kes Sibu

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
“Pada 2013, polis telah merampas 11,137.19 gram dadah jenis syabu, 495.42 gram (ganja), 43.92 gram (ketamin), 83 biji (pil estasy dan 204 (eramin),” katanya pada Program Pendidikan Pencegahan Jenayah ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sibu-mencapai-32-90-peratus-penyelesaian-kes-sibu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:03 MYT
Polis berjaya mencapai 32.90 peratus kadar penyelesaian kes tahun lalu iaitu naik 1.93 peratus daripada 30.97 peratus pada 2012.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi berkata kadar indeks jenayah menunjukkan peningkatan sedikit iaitu 24 kes daripada 1,605 kes pada 2012.

Tahun lalu, polis Sibu menangkap 841 orang berkaitan dadah termasuk 499 Cina, 145 (Iban), 116 (Melayu), 63 (Melanau), 11 (orang asing) dan lain-lain tujuh orang.

Daripada 842 orang yang ditahan, 333 daripada adalah penganggur, 41 (ahli perniagaan), enam kakitangan awam dan 461 (lain-lain).
 

“Pada 2013, polis telah merampas 11,137.19 gram dadah jenis syabu, 495.42 gram (ganja), 43.92 gram (ketamin), 83 biji (pil estasy dan 204 (eramin),” katanya pada Program Pendidikan Pencegahan Jenayah di Dewan Suarah Sibu Ahad lalu.

Program tersebut dihadiri pelajar sekolah menengah daripada pelbagai sekolah diiringi 64 guru.

Mohd Kamal mengucapkan syabas kepada polis Sibu yang berjaya menyelesaikan 536 kes tahun lalu dan 497 kes pada 2012.

Mohd Kamal turut memberitahu tentang punca jenayah, faktor menjurus kepada jenayah serta pencegahan jenayah.

Turut hadir Ketua Pengarah Penjara Negeri Abdul Kadir Rais, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsan Wan Madihi Mohd dan Pengarah Unit Keselamatan Negeri Datu Dr Yusoff Nook.

Sumber:Utusan Borneo
ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM