Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Gagalkan Cubaan Seleweng 20 000 Liter Diesel Bersubsidi

Published: 19 Jun 2014 1.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima ACP Mohd Salleh Mat Jani berkata sebanyak 20 tong tangki plastik yang berisi minyak diesel dirampas kerana tidak mempunyai sebarang dokumen dan disyaki untuk ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-gagalkan-cubaan-seleweng-20-000-liter-diesel-bersubsidi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:11 MYT
Bintulu, 26 Feb - Polis Marin merampas sejumlah 20,000 liter minyak diesel bersubsidi yang dianggar bernilai RM56,000 dalam satu serbuan di kawasan garaj di Batu Enam Jalan Bintulu/Miri, petang semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima ACP Mohd Salleh Mat Jani berkata sebanyak 20 tong tangki plastik yang berisi minyak diesel dirampas kerana tidak mempunyai sebarang dokumen dan disyaki untuk tujuan penyelewengan.

“Berikutan penemuan itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan,” ujar beliau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan membawa dan memiliki barangan kawalan tanpa dokumen yang sah.

Kes dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan.
ArticlePublished 19 Jun 2014 1.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM