Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Gagal Cubaan Seludup Masuk Rokok Ke Tawau

Published: 18 Jun 2014 1.17 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
Tawau, 19 Sept - Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menggagalkan cubaan menyeludup masuk 720 bungkus rokok pelbagai jenama bernilai RM13,933.20 ke Tawau dari negara jiran menggunakan feri penumpang sem..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-gagal-cubaan-seludup-masuk-rokok-ke-tawau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:03 MYT

Tawau, 19 Sept - Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menggagalkan cubaan menyeludup masuk 720 bungkus rokok pelbagai jenama bernilai RM13,933.20 ke Tawau dari negara jiran menggunakan feri penumpang semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohammad Madun berkata rokok itu dirampas dari sebuah feri penumpang di kawasan perairan Sungai Tongkong kira-kira pukul 1.20 tengah hari.

"Hasil pemeriksaan terhadap feri yang dalam perjalanan dari Nunukan, Indonesia ke Tawau itu membawa kepada penemuan tiga kotak dalam bungkusan plastik hitam yang disembunyikan di ruang kargo," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohammad antara jenama rokok seludup yang dirampas, dipercayai untuk pasaran di Tawau, ialah Gudang Garam, DJI SamSoe, Marlboro dan tembakau jenama Shaq Cap Tiga Salak.

Mohammad berkata tiada penumpang di atas feri itu mengaku pemilik rokok berkenaan dan rampasan diserahkan kepada Kastam Diraja Malaysia.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.17 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM