Article
Posting Pilihan Warga Emas Berjaya Penuhi Temu Janji Rawatan Dengan Bantuan Anggota Polis Trafik
Mungkin warga emas ini terpaksa menunggu lebih lama lagi sekiranya terlepas temu janji untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh ekoran k...
Mungkin warga emas ini terpaksa menunggu lebih lama lagi sekiranya terlepas temu janji untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh ekoran kenderaan yang dinaikinya mengalami kerosakan.
Prihatin dengan keadaan warga emas tersebut, Koperal Amad Noor Afandi Mohd Tazari, Lans Koperal Muhammad Sharul Fahmi Che Ani dan Lans Koperal Rafizi Ramlan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Perak bertindak menahan sebuah teksi bagi membolehkan wanita itu meneruskan perjalanannya ke destinasi yang dituju.
Bantuan yang dihulurkan mungkin kecil pada pandangan mata kita tetapi besar nilainya buat yang menerima lebih-lebih lagi di saat yang memerlukan.
