Artikel
Pkpp Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Pga Dedah Penyeludup Ubah Taktik Elak Dicekup
Rantau Panjang, 9 Januari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) mendedahkan penyeludup mengubah taktik mereka sepanjang musim banjir melanda sempadan Malaysia-Thaila...
Rantau Panjang, 9 Januari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) mendedahkan penyeludup mengubah taktik mereka sepanjang musim banjir melanda sempadan Malaysia-Thailand bermula dari Rantau Panjang ke Tumpat bagi mengelakkan aktiviti mereka dari 'dihidu' anggota penguat kuasa.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi bagaimanapun berkata, pihaknya berjaya mengesan perkara tersebut sehingga 'melumpuhkan' aktiviti itu.
"Taktik yang digunakan itu ialah dengan memunggah barang seludup menggunakan perahu kecil dari pangkalan haram dan disimpan ke stor sebagai transit.
“Selepas itu mereka (penyeludup) akan membawa keluar barang tersebut dari tempat transit untuk diedarkan kepada pembeli.
Menurutnya, ketika ini aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di bawah Op Benteng COVID-19 masih terkawal. "Kita sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan", katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../PGA-dedah-penyeludup... Sumber:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
