
Artikel
Posting Pilihan Tragedi Kepala Air Ppm Wilayah Tiga Bantu Cari Mangsa Masih Hilang
Seramai empat penyelam bersama sebuah bot dari Unit Selam Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi m...
Kemaman, 6 Julai 2023 - Seramai empat penyelam bersama sebuah bot dari Unit Selam Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa lemas yang masih hilang dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih dekat sini pada 2 Julai lalu.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mendoakan agar mangsa-mangsa yang hilang dijumpai segera dan keselamatan semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam operasi itu dilindungi Tuhan.
Sumber: Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga







