Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Mdn Adakan Lawatan Kerja Ke Kontinjen Kedah

Diterbitkan: 08 Jan 2023 1.41 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kubang Pasu, 8 Januari 2023 - Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah telah mengadakan lawatan kerja ke Kontinjen Kedah, di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-mdn-adakan-lawatan-kerja-ke-kontinjen-kedah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:23 MYT
Kubang Pasu, 8 Januari 2023 - Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah telah mengadakan lawatan kerja ke Kontinjen Kedah, di sini hari ini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad bersama timbalannya, DCP Dato' Mohd Roze Shaari.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar dibawa melawat ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dan Kompleks Kompeni D, Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bukit Kayu Hitam bagi meninjau kesiapsiagaan penguatkuasaan yang melibatkan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan antara Malaysia dengan Thailand.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri, Tuan Zulkifli Abidin, Timbalan Pengarah (PGA) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Tuan Jafri Embok Taha, Komander Briged Utara PGA, SAC Hj. Nordin Hj. Manan serta Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan.

Sumber: Polis Kedah
ArtikelDiterbitkan 08 Jan 2023 1.41 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM