Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Al Fatihah Timbalan Kpn Beri Penghormatan Terakhir Kepada Penolong Pengarah Pengurusan Kebajikan Bukit Aman

Diterbitkan: 08 Jan 2023 2.51 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 8 Januari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini memberi penghormatan terakhir kepada Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, Allahyarham ACP Hj. Rusli Abas di kediamannya dekat Taman Tanjung Sentosa, Tanjung Rambutan di sini petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-al-fatihah-timbalan-kpn-beri-penghormatan-terakhir-kepada-penolong-pengarah-pengurusan-kebajikan-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:17 MYT
Posting Pilihan Al Fatihah Timbalan Kpn Beri Penghormatan Terakhir Kepada Penolong Pengarah Pengurusan Kebajikan Bukit Aman
Laman Utama / Artikel / Posting Pilihan Al Fatihah Timbalan Kpn Beri Penghormatan Terakhir Kepada Penolong Pengarah Pengurusan Kebajikan Bukit Aman
Kembali ke Pustaka
Artikel

Posting Pilihan Al Fatihah Timbalan Kpn Beri Penghormatan Terakhir Kepada Penolong Pengarah Pengurusan Kebajikan Bukit Aman

Ipoh, 8 Januari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini memberi penghormatan terakhir kepada Penolong Pengarah...
Ipoh, 8 Januari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini memberi penghormatan terakhir kepada Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, Allahyarham ACP Hj. Rusli Abas di kediamannya dekat Taman Tanjung Sentosa, Tanjung Rambutan di sini petang tadi.

Bersama beliau memberi penghormatan terakhir tadi ialah Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.

Allahyarham ACP Hj. Rusli yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 17 Disember lalu, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 8.50 pagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan jenazahnya selamat dikebumikan dekat Tanah Perkuburan Islam Bakar Bata, Tanjung Rambutan petang tadi.

Hadir sama memberi penghormatan terakhir dan menyantuni keluarga Allahyarham ialah Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri bersama timbalannya, DCP Dato' Pahlawan Azizi Hj. Mat Aris, Ketua Polis KL, CP Dato' Azmi Abu Kassim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob dan rakan-rakan seperjuangannya dalam Pasukan.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham ACP Hj. Rusli, didoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Sumber: Polis Perak

ArtikelDiterbitkan 08 Jan 2023 2.51 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM