
Artikel
Posting Pilihan Timbalan Ksu Keselamatan Kdn Adakan Lawatan Kerja Dan Pemantauan Kawalan Sempadan Di Langkawi
Langkawi, 8 Jun 2026 – Timbalan Ketua Setiausaha (Timbalan KSU) (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman telah meng...
Langkawi, 8 Jun 2026 – Timbalan Ketua Setiausaha (Timbalan KSU) (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman telah mengadakan lawatan kerja dan pemantauan operasi kawalan sempadan di sekitar Pulau Langkawi, di sini, semalam.
Lawatan tersebut bertujuan meninjau lokasi cadangan pembangunan Forward Operation Base (FOB), menilai tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan serta memperkukuh kawalan keselamatan sempadan darat dan pesisir pantai bagi membanteras aktiviti penyeludupan serta ketirisan barangan kawalan.
Turut berlangsung sesi mesyuarat bersama wakil agensi-agensi keselamatan dan kerajaan negeri Kedah dalam membincangkan cadangan pembangunan FOB, keperluan penambahbaikan fasiliti operasi serta isu-isu keselamatan semasa yang berkaitan sekitar Pulau Langkawi.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)