Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jsj Rangkul Kejuaraan Keseluruhan Ipsc Rmp Open Championship 2026 Level Iii

Diterbitkan: 08 Jun 2026 3.11 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.54 PM
Cyberjaya, 8 Jun 2026 – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman muncul juara keseluruhan Kejohanan Menembak IPSC RMP Open Championship - Level III apabila berjaya merangkul Piala Pusingan Ketua Polis Negara (KPN) bagi kategori berpasukan, sekali gus menutup tirai kejohanan dengan penuh gemilang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jsj-rangkul-kejuaraan-keseluruhan-ipsc-rmp-open-championship-2026-level-iii
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:23 MYT
Cyberjaya, 8 Jun 2026 – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman muncul juara keseluruhan Kejohanan Menembak IPSC RMP Open Championship - Level III apabila berjaya merangkul Piala Pusingan Ketua Polis Negara (KPN) bagi kategori berpasukan, sekali gus menutup tirai kejohanan dengan penuh gemilang.

Pasukan JSJ menewaskan pencabar terdekat daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang menduduki tempat kedua, manakala Kontinjen Selangor melengkapkan kedudukan tiga terbaik.

Piala pusingan tersebut telah disampaikan oleh KPN, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dengan diiringi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan.

Dalam kategori ‘Shoot Off Individual’, Sjn Mohd Fadil Zaina dari JSJN berjaya muncul juara selepas mempamerkan aksi cemerlang, diikuti Kpl Hilerry Likin Sim dari Briged Sabah di tempat kedua dan Mohd Fadhilah Ab Malek dari Kontinjen Kuala Lumpur (KL) di tempat ketiga. Bagi kategori ‘Shoot Off Team’ pula, Briged Sabah dinobatkan sebagai juara selepas mengetepikan cabaran daripada JSJN dan JSJ.

Majlis Penutupan Rasmi Kejohanan Menembak IPSC RMP Open Championship 2026 – Level III yang berlangsung di Cyber Event Hall semalam telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tuan Mordi Bimol.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan sokongan kerajaan terhadap usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa yang bukan sahaja memperkukuh imej negara, malah merancakkan pembangunan pelancongan sukan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Beliau turut memaklumkan bahawa Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah meluluskan Geran Padanan Sukan berjumlah RM115,000 bagi menyokong penganjuran Kejohanan Menembak IPSC edisi 2026.

Sementara itu, bagi perebutan Piala Pusingan Pengarah KDNKA, Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau muncul juara, diikuti Batalion 16 PGA Kota Kinabalu di tempat kedua dan Batalion 7 PGA Kuantan di tempat ketiga.

Kategori ‘Open Individual’ RMP Open Championship menyaksikan Sarjan Fitri Raman Sumpa Mas dari PDRM berjaya mengungguli pertandingan selepas menewaskan dua penembak dari Indonesia. Kejayaan turut diteruskan apabila pasukan tuan rumah kembali merampas gelaran juara kategori ‘Open Team’, mengatasi pasukan Indonesia dan Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS).

Walaupun begitu, penembak antarabangsa dari Indonesia, Semuil Susilo tetap mencuri tumpuan apabila berjaya meraih dua gelaran utama menerusi kategori ‘Open Shoot Off’ dan ‘Open Senior’, hasil persembahan konsisten sepanjang kejohanan.

Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang kategori ‘Production’, ‘Production Optic’, ‘Production Ladies’, ‘Standard’ serta anugerah khas kategori ‘VIP Shoot Off’ yang dimenangi oleh Kumpulan 1 diketuai oleh Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid.

Dalam ucapan penutupnya, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid menegaskan bahawa sukan menembak praktikal bukan sekadar platform pertandingan, malah berperanan sebagai medium pembangunan modal insan, pemupukan budaya keselamatan serta pengujian kecekapan pemilik senjata api dalam mengimbangi kepantasan dan ketepatan di bawah tekanan tinggi.

Beliau turut berharap kejohanan tersebut akan terus mendapat sambutan dan penyertaan berterusan pada masa hadapan, sekali gus mengekalkan statusnya sebagai platform utama yang menyatukan komuniti sukan menembak dari dalam dan luar negara.

Turut hadir ialah Presiden National Range Officer Institute Malaysia, Yang Mulia Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Dato’ Haji Amran Haji Ahmad, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, komander Jabatan KDNKA serta para penaja kejohanan.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of ‎text that says '‎INSPECTOR INSPI GENERAL OΕ. POLICE CUP TEAM BABATANS SATAM AM NARKOT MJEMATAN ROTI SLAI مونن OL ስህ 2 1 3

May be an image of text that says 'AMP A APION N OPEN 2026 7JUNE2026 7 JUNE 2026 NIZED BY C NDAY) R EVENT HAL TRATEGIC-PART YBERJAYA SUPPORTEDBY 11 日号

May be an image of speaker, dais and text that says 'EVENT HALL CYBERJAYA ATEGIC PARTNE TEGICPARTNER TNER SUPPORTEDER DAN YEA DANI'

May be an image of text that says 'LL, CYBERJAYA - E SUPPORTEDEX TNER'

May be an image of text

May be an image of table, lighting, dais and wedding
ArtikelDiterbitkan 08 Jun 2026 3.11 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.54 PM