Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Santuni Pencarum Skim Pzb Dalam Kalangan Pelatih Konstabel Pulapol Kuala Lumpur

Diterbitkan: 02 Feb 2023 2.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 31 Januari 2023 – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) melalui Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) menganjurkan satu majlis ramah mesra Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain bersama para pencarum Potongan Zakat Bulanan (PZB) di Mess Pegawai Kanan, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-santuni-pencarum-skim-pzb-dalam-kalangan-pelatih-konstabel-pulapol-kuala-lumpur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:53 MYT
Kuala Lumpur, 31 Januari 2023 – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) melalui Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) menganjurkan satu majlis ramah mesra Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain bersama para pencarum Potongan Zakat Bulanan (PZB) di Mess Pegawai Kanan, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.

Majlis dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu bagi memberikan galakan, motivasi dan penghargaan kepada 19 pelatih Konstabel yang telah menjadi pencarum zakat tertinggi dalam kalangan pelatih lain.

Seramai 450 pelatih Konstabel bagi Siri 5/2022 atau 95 peratus telah mencarum zakat melalui kaedah skim PZB dan sekali gus membuktikan tahap kesedaran kewajipan berzakat dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meningkat melalui pelbagai kempen, promosi serta aktiviti yang diadakan sepanjang tahun 2022.

Turut hadir, Pengarah JIPS, CP Dato' Sri Azri Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Hj. Abdul Hakim Amir Osman, Timbalan Pengarah JIPS (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob, Ketua Penolong Pengarah JIPS (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman, SAC Hj. Md Khair Hj. Othman, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Hj. Kamal Faizul Mohd Zain, para pegawai PPZ-MAIWP, pegawai kanan PDRM dan Urus Setia BAKA JIPS Bukit Aman.

Sumber: Bahagian Agama & Kaunseling - BAKA JIPS PDRM

May be an image of 9 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'SIJIL'

May be an image of 9 people, people standing and text that says 'MESS PEGAWAI KANAN'






ArtikelDiterbitkan 02 Feb 2023 2.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM