Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Op Selamat 19 Kemalangan Maut Kematian Meningkat

Diterbitkan: 02 Feb 2023 2.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 31 Januari 2023 - Sebanyak 121 kemalangan maut direkodkan di seluruh negara sepanjang Op Selamat 19 sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini membabitkan 134 kematian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-selamat-19-kemalangan-maut-kematian-meningkat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:30 MYT
Kuala Lumpur, 31 Januari 2023 - Sebanyak 121 kemalangan maut direkodkan di seluruh negara sepanjang Op Selamat 19 sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini membabitkan 134 kematian.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain berkata, Op Selamat 19 merekodkan 15,999 kes kemalangan, iaitu peningkatan 4,674 kes atau 41 peratus, berbanding operasi sama tahun lalu dengan 11,325 kes.

Katanya, jumlah kemalangan maut pada Op Selamat kali ini turut meningkat sebanyak 12 peratus atau 13 kes berbanding Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina pada 2022 dengan 108 kes.

"Jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 134 kes, membabitkan pertambahan 15 kes atau 13 peratus berbanding operasi sama tahun lalu iaitu sebanyak 119 kes.

"Dalam pada itu, penunggang dan pembonceng motosikal masih kekal sebagai golongan yang mencatatkan angka korban tertinggi, iaitu 81 kematian daripada jumlah keseluruhan kematian Op Selamat pada kali ini.

"Namun begitu, jumlah ini menurun sebanyak dua kematian berbanding Op Selamat sebelumnya sebanyak 83 kematian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat19 - Tahun Baharu Cina di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../op-selamat-190-kemalangan...

ArtikelDiterbitkan 02 Feb 2023 2.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM