Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Pdrm Dan Ukm Bil 2 2023

Published: 08 May 2023 12.35 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bil. 2/2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-pengerusikan-mesyuarat-ahli-jawatankuasa-pemandu-pelaksanaan-usahasama-pdrm-dan-ukm-bil-2-2023
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:20 MYT
Kuala Lumpur, 8 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bil. 2/2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan jalinan kerjasama dengan UKM dalam mempelbagaikan aktiviti pendidikan dan penyelidikan sains forensik. Tan Sri Razarudin turut berbesar hati menyampaikan sijil pelantikan kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program usahasama ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, Profesor Dr. Mohammad Kassim, Pengarah JSJN, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din, Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, CP Dato’ Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, DCP Datuk Hj. Hamzah Hj. Ahmad, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Pahlawan Anuar Othman, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN Bukit Aman, SAC Mazleen Mohd Nasir dan para pegawai kanan PDRM serta UKM.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM
ArticlePublished 08 May 2023 12.35 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM