Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Saksi Serah Terima Tugas Jawatan Pemangku Kp Kontinjen Kuala Lumpur

Diterbitkan: 08 May 2023 11.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Mei 2023 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Azmi Abu Kassim hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan pemangku Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur di antara DCP Dato’ Yahaya Othman dan Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur, SAC Datuk Abu Samah Mohd Noor yang diadakan di Foyer A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-saksi-serah-terima-tugas-jawatan-pemangku-kp-kontinjen-kuala-lumpur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT
Kuala Lumpur, 8 Mei 2023 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Azmi Abu Kassim hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan pemangku Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur di antara DCP Dato’ Yahaya Othman dan Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur, SAC Datuk Abu Samah Mohd Noor yang diadakan di Foyer A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Dato' Yahaya telah dilantik sebagai KP Pahang dan Datuk Abu Samah telah dipertanggungjawabkan untuk memangku jawatan tersebut berkuat kuasa hari ini sehingga Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain melaporkan diri sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur.

Turut diadakan, Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Kuala Lumpur di antara Datin Sumarnie Haris dan Datin Nirhaidah Jamil dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Sharifah Rodziah Syed Agil.

Turut hadir dalam tersebut adalah Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur, SAC Muhammad Idzam Dato’ Hj. Jaafar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Hj. Habibi Hj. Majinji, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, SAC Beh Eng Lai, barisan Ketua Polis Daerah, warga kerja serta ahli-ahli PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur.

Sumber: Polis KL
ArtikelDiterbitkan 08 May 2023 11.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM