Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Pdrm Dan Ukm Bil 2 2023

Diterbitkan: 08 May 2023 12.35 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bil. 2/2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-pengerusikan-mesyuarat-ahli-jawatankuasa-pemandu-pelaksanaan-usahasama-pdrm-dan-ukm-bil-2-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT
Posting Pilihan Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Pdrm Dan Ukm Bil 2 2023
Laman Utama / Artikel / Posting Pilihan Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Pdrm Dan Ukm Bil 2 2023
Kembali ke Pustaka
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Pdrm Dan Ukm Bil 2 2023

Kuala Lumpur, 8 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemand...
Kuala Lumpur, 8 Mei 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bil. 2/2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan jalinan kerjasama dengan UKM dalam mempelbagaikan aktiviti pendidikan dan penyelidikan sains forensik. Tan Sri Razarudin turut berbesar hati menyampaikan sijil pelantikan kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program usahasama ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, Profesor Dr. Mohammad Kassim, Pengarah JSJN, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din, Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, CP Dato’ Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, DCP Datuk Hj. Hamzah Hj. Ahmad, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Pahlawan Anuar Othman, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN Bukit Aman, SAC Mazleen Mohd Nasir dan para pegawai kanan PDRM serta UKM.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM
ArtikelDiterbitkan 08 May 2023 12.35 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM