Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Timbalan Kpn Hadir Perhimpunan Bulanan Kdn

Published: 22 Mar 2023 11.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-hadir-perhimpunan-bulanan-kdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:35 MYT
Putrajaya, 22 Mac 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Auditorium, Kompleks D, di sini.

Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah penyampaian Sijil Penubuhan Pusat Rekod KDN oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia dan Pelancaran Garis Panduan Nasional Mengenai Indikator Pemerdagangan Orang (National Guidelines on Human Trafficking Indicator 2.0 (NGHTI 2.0) serta penyerahan kurma oleh MDN kepada Ketua Setiausaha KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi sebagai simbolik menyambut kehadiran bulan Ramadan 1444H.

Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

ArticlePublished 22 Mar 2023 11.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM