
Artikel
Ceramah Ambang Bulan Mulia Tarbiah Ramadan
Kuala Lumpur, 22 Mac 2023 - Sempena menyambut kedatangan bulan mulia Ramadan, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) men...
Kuala Lumpur, 22 Mac 2023 - Sempena menyambut kedatangan bulan mulia Ramadan, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menyuburkan majlis ilmu dengan mengadakan ceramah bertajuk 'Tarbiah Ramadan' bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Ceramah Ambang Ramadan 2023 itu disampaikan oleh Pengarah Dasar dan Pengurusan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Kolonel Dr. Khairul Fauzi Azmi dengan dihadiri lebih 100 warga kerja Bukit Aman.
Turut mengimarahkan program ialah Pengarah JIPS selaku pengerusi jawatankuasa program, CP Dato' Sri Azri Ahmad bersama isteri Datin Sri Norliah Othman merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JIPS dan Timbalan Pengarah JIPS (Bahagian Agama dan Kaunseling) Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.