Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Timbalan Kpn Agih Bakul Makanan Kepada Pesara Polis

Published: 05 Nov 2021 1.54 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumbangan berbentuk keperluan asas serta wang zakat diserahkan kepada 30 orang pesara polis Kuala Lumpur itu merupakan inisiatif PRIHATIN dengan kerjasama MAIWP bagi meringankan beban yang ditanggung oleh para pesara yang terjejas dengan akibat wabak pandemik COVID-19.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-agih-bakul-makanan-kepada-pesara-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:26 MYT
Kuala Lumpur, 5 November 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim telah menyempurnakan Majlis Simbolik Pengagihan Bakul Kasih Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, petang tadi.

Sumbangan berbentuk keperluan asas serta wang zakat diserahkan kepada 30 orang pesara polis Kuala Lumpur itu merupakan inisiatif PRIHATIN dengan kerjasama MAIWP bagi meringankan beban yang ditanggung oleh para pesara yang terjejas dengan akibat wabak pandemik COVID-19.

Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Hj. Mazlan turut menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah PRIHATIN, Prof. Emeritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar serta Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar atas mereka kesudian membantu warga pesara polis.

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim, Pemangku Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, SAC Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Kuala Lumpur, SAC Dato’ Azman Ayob, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Tuan Kamaruzaman Abdullah dan SAC Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan, SAC Tuan Mohd Soaihami Rahim serta sebahagian warga kerja IPK Kuala Lumpur.

Sumber: Polis KL

May be an image of one or more people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'VGAGIHAN ush UL MAKANAN DISEMPURNAKAN OLEH: HATIN ATUK SERI HAJI MAZLAN ALAN KET

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'PENGAGIHAN BAKUL MAKANAN Kasih PRIHATIN DISEMPURNAKAN OLEH DATUK SERI HAJI MAZLA, AZIM MBA

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing and text that says 'YDH DIG TIM BAKHH MAKANAN MPURNAKAN OLEH SERI HAJI MAZL KETUA POLIS NE ABER 2021 3.00PE IS

May be an image of one or more people, people standing and indoor


ArticlePublished 05 Nov 2021 1.54 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM