
Artikel
Artikel Pilihan 3 800 Pegawai Anggota Polis Jaga Prn Melaka Timbalan Kpn
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim, berkata jumlah itu termasuk anggota dan pegawai bantuan daripada kontinjen polis n...
Kuala Lumpur, 5 November 2021 - Lebih 3,800 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan mengawal keselamatan dan kelancaran proses penamaan calon dan pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim, berkata jumlah itu termasuk anggota dan pegawai bantuan daripada kontinjen polis negeri lain yang turut digerakkan untuk membantu Polis Melaka.
"PDRM telah bersedia untuk menghadapi PRN Melaka dan seramai 3,800 pegawai dan anggota sudah bersiap siaga.
"Jika jumlah itu tidak mencukupi, kita akan bantu Kontinjen Melaka dan gerakkan lebih ramai pegawai dan anggota PDRM ke sana," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Simbolik Pengagihan Bakul Kasih Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut: