Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Di Ipk Sabah

Diterbitkan: 08 Feb 2023 4.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Polis Sabah
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-adakan-lawatan-kerja-di-ipk-sabah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:55 MYT
Kota Kinabalu, 8 Februari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain telah mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini, semalam.
Kehadiran beliau bersama isteri, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Idris Abdullah.
Pada lawatan tersebut, Tan Sri Razarudin berkesempatan menyampaikan amanat dan sijil penghargaan kepada warga kontinjen Sabah selain sumbangan wakalah kepada anak yatim. Pada sebelah petangnya pula beliau telah menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) kepada Pesara Polis iaitu Superintendan Mohd Akram Khan dan Sarjan Matiasin @ Mohd Yassin Anggun di kediaman mereka.
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Jauteh Dikun, Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, SAC Datuk Zabidi Hj. Md. Zain dan Ketua Staf Bahagian Operasi Darat ESSCOM, SAC Datuk Chandrasehkaran Muthu dan para pegawai kanan.
Sumber: Polis Sabah

ArtikelDiterbitkan 08 Feb 2023 4.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM