
Artikel
Update Keratan Akhbar Pilihan Susulan Cuba Rempuh Orang Awam Pemandu Lori Sudah Ditahan Polis
Seremban, 8 Februari 2023 - Polis menahan seorang pemandu lori dipercayai cuba merempuh orang awam yang sedang minum di meja bahagian luar sebuah kedai makan d...
Seremban, 8 Februari 2023 - Polis menahan seorang pemandu lori dipercayai cuba merempuh orang awam yang sedang minum di meja bahagian luar sebuah kedai makan di Taman Permai 3, di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Nanda Maarof berkata, suspek lelaki berusia 46 tahun itu ditahan pada jam 8 malam, Ahad lalu.
"Ia berpunca daripada pertengkaran kecil dan rasa tidak puas hati terhadap penunggang motosikal berkenaan," katanya.
Bagaimanapun ACP Nanda berkata, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
“Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.