Article
Posting Pilihan Prn Pengarah Jsjk Tinjau Proses Pengundian Di Negeri Sembilan
Seremban, 12 Ogos 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf membuat tinjauan proses pembuangan undi bagi Pili...
Seremban, 12 Ogos 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf membuat tinjauan proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di beberapa lokasi di negeri ini, pagi tadi.
Terdahulu, ketibaan Dato' Sri Ramli di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah disambut oleh Ketua Polis negeri, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yussof bersama timbalannya, SAC Abd Khalid Othman.
Dato' Sri Ramli kemudiannya mengunjungi Bilik Gerakan Op Cantas bagi mendengar taklimat pengoperasian Op Cantas sebelum ke beberapa pusat pengundian iaitu Sekolah Menengah Dato Shah Redza di Sikamat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Wa, Rantau, Sekolah Kebangsaan (SK) Pedas, Rembau dan SK Teluk Kemang, Port Dickson.
Sumber: Polis Negeri Sembilan