
Artikel
Prn Kehadiran Timbalan Kpn Di Lapangan Suntik Semangat Petugas Pdrm
Kajang, 12 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke beberapa lokasi pusat mengundi sekitar Selan...
Kajang, 12 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke beberapa lokasi pusat mengundi sekitar Selangor bagi meninjau penugasan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), pagi tadi.
Datuk Seri Ayob Khan kemudiannya melawat beberapa buah pusat mengundi antaranya Sekolah Kebangsaan (S.K) Bandar Baru Bangi di Bangi, Sekolah Menengah Kebangsaan (S.M.K) Perimbun, Cheras, Rumah Kelab Taman Kelab Ukay, Hulu Kelang dan S.K Taman Seri Gombak 2 di Gombak, Selangor.
Menerusi tinjauan yang dilakukan, beliau turut berkesempatan beramah mesra dengan para petugas PDRM serta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang komited menjalankan tugas di pusat-pusat mengundi tersebut.
Hadir sama mengiringi beliau Ketua Polis Daerah (KPD) Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, KPD Gombak, ACP Zainal Mohamed Hj. Mohamed dan KPD Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail.








