
Article
Posting Pilihan Polis Tahan Dua Rakyat Tempatan Bawa Masuk Dadah Heroin Base Serbuk Mdma Bernilai Rm10 8 Juta
Jitra, 19 Jun 2025 - Dua rakyat tempatan sanggup menjadi "transporter" dengan upah RM20,000 seorang untuk membawa masuk dadah jenis Heroin Base dan serbuk Meth...
Jitra, 19 Jun 2025 - Dua rakyat tempatan sanggup menjadi "transporter" dengan upah RM20,000 seorang untuk membawa masuk dadah jenis Heroin Base dan serbuk Methylenedioxy-Methamphetamine (MDMA) bernilai RM10.8 juta ke negara ini.
Bagaimanapun, kedua-duanya iaitu seorang lelaki berusia 37 tahun dan wanita berusia 35 tahun ditahan secara berasingan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam dalam operasi khas pada Ahad lalu.
Operasi itu dilakukan bersama Office of the Narcotics Control Board Thailand dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, JSJN Kedah dan Sekretariat Narkotik Nukleus Kedah/Perlis.
Pemangku Pengarah JSJN, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, dalam tangkapan pertama pada jam 5.40 petang itu, pihaknya menahan serbuan kereta jenis Honda Accord yang dipandu seorang lelaki di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap kereta itu menemui 160 bungkusan plastik mengandungi Heroin Base anggaran berat 59.20 kilogram (kg) disembunyikan di ruangan khas di tempat duduk penumpang belakang.
Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-tahan-2-rakyat...