
Artikel
Posting Pilihan Langkah Langkah Elak Roadkill
Kemalangan melibatkan hidupan liar atau "roadkill" semakin kerap berlaku, terutama di kawasan berhampiran hutan, taman negara, dan koridor ekologi. Situasi itu...
Kemalangan melibatkan hidupan liar atau "roadkill" semakin kerap berlaku, terutama di kawasan berhampiran hutan, taman negara, dan koridor ekologi. Situasi itu bukan sahaja menyedihkan, malah memberi kesan kepada kepupusan spesies yang dilindungi.
Namun, "roadkill" boleh dicegah jika kita sebagai pengguna jalan raya lebih peka dan bertanggungjawab.
Ikuti infografik yang disediakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia sebagai panduan dan langkah-langkah pencegahan sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut.
Pandu cermat, jiwa selamat termasuk jiwa hidupan liar.
Sumber: Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia