Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Polis Rampas Dadah Rm8 Juta Dirampas Di Kl Tahan Chef Warga Hong Kong

Published: 17 Jan 2025 1.34 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 17 Januari 2025 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman membongkar kegiatan pemprosesan dadah jenis Kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut, di sini, petang kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-polis-rampas-dadah-rm8-juta-dirampas-di-kl-tahan-chef-warga-hong-kong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:29 MYT
Kuala Lumpur, 17 Januari 2025 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman membongkar kegiatan pemprosesan dadah jenis Kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut, di sini, petang kelmarin.

Pengarah JSJN, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin berkata ia hasil serbuan ke atas sebuah gudang dan kediaman pada kira-kira jam 5.30 petang.

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga Hong Kong, berusia 27 tahun yang berperanan sebagai tukang masak bagi memproses dadah berkenaan.

"Ketika ditemui, dadah ini siap sedia untuk diedarkan bagi pasaran tempatan dan luar negara," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (KL), di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut,
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Berita Harian

ArticlePublished 17 Jan 2025 1.34 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM