Artikel
Kpn Hadir Mesyuarat Pasukan Petugas Agensi Agensi Penguatkuasaan Malaysia Bilangan 1 2025
Putrajaya, 17 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia B...
Putrajaya, 17 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Peguam Negara, di sini, petang tadi.
Mesyuarat yang bermula sekitar jam 3.15 petang tadi telah dipengerusikan oleh Peguam Negara, Dato' Mohd Dusuki Mokhtar.
Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),Tan Sri Dato' Sri Hj. Azam Baki, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Dato' Sri Shamsun Baharin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato' Anis Rizana Mohd Zainudin, Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman, CP Dato' Muhammed Hasbullah Ali, Timbalan Pengarah (Cyber Crime), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Dato' Dr. Lim Joo Soon dan para pegawai kanan agensi kerajaan.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Khairunisa Ibrahim dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.