Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Polis Rampas 983 Kilogram Syabu Bernilai Rm35 4 Juta

Published: 22 Mar 2021 12.30 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Shah Alam, 22 Mac 2021 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah jenis Syabu yang dibawa masuk dari Thailand ke Lembah Klang melalui Kelantan seberat 983 kilogram bernilai RM35.4 juta di Kajang, Rabu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-polis-rampas-983-kilogram-syabu-bernilai-rm35-4-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:10 MYT
 
Shah Alam, 22 Mac 2021 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah jenis Syabu yang dibawa masuk dari Thailand ke Lembah Klang melalui Kelantan seberat 983 kilogram bernilai RM35.4 juta di Kajang, Rabu lalu.


Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, serbuan kira-kira jam 9.15 malam itu dilakukan di sebuah rumah dan polis memberkas tiga suspek lelaki warga tempatan berumur lingkungan 37 hingga 42 tahun.

"Dalam serbuan itu, polis merampas 26 guni plastik mengandungi 650 bungkusan plastik berisi dadah dianggarkan seberat 673.2 kilogram.

"Polis turut membuat pemeriksaan ke atas sebuah lori diletakkan di hadapan rumah itu dan menjumpai 12 guni plastik berisi dadah jenis Syabu dengan anggaran berat 309.85 kilogram.

"Jumlah keseluruhan dadah dirampas sebanyak 983 kilogram bernilai RM35.4 juta yang boleh digunakan oleh 4.915 juta penagih," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-tumpas-sindiket...
ArticlePublished 22 Mar 2021 12.30 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM