
STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
#PKPB #PKPP #COVID-19
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 66,337 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,486 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,223 anggota telah membuat pemantauan di 7,213 buah restoran, pasar raya (4,720), bank (2,729), penjaja (3,979), pasar awam/tani (105), kilang (2,509) dan pejabat kerajaan (779).
Turut dipantau ialah tempat ibadah (168), tempat riadah (16,985), terminal pengangkutan darat (3,319), terminal pengangkutan air (1,802) dan terminal pengangkutan udara (712).
Semalam, seramai 181 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 93 dikompaun, 80 direman manakala lapan (8) lagi diikat jamin.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Aktiviti pusat hiburan (106)
- Tiada penjarakan fizikal (35)
- Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (24)
- Aktiviti perjudian (8)
- Tidak memakai pelitup muka (5)
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (2)
- Premis beroperasi lebih masa (1)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (22 Mac 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#22032021