
Artikel
Posting Pilihan Polis Pulau Ketam Ceriakan Murid Tabika Kemas Sungai Udang
Warga Balai Polis Pulau Ketam, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan berbesar hati menerima kunjungan murid-murid Tabika KEMAS Sungai Udang yang mengadakan la...
Warga Balai Polis Pulau Ketam, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan berbesar hati menerima kunjungan murid-murid Tabika KEMAS Sungai Udang yang mengadakan lawatan sambil belajar ke balai berkenaan.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid mengenai peranan dan tanggungjawab polis dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
Sepanjang sesi lawatan, murid-murid turut berinteraksi secara santai bersama anggota polis, sekali gus mewujudkan suasana mesra yang dapat memupuk keyakinan dan kepercayaan terhadap pasukan keselamatan dalam kalangan generasi muda.
Sumber: Polis Klang Selatan