Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Yang Tua Dihormati Yang Muda Disayangi

Diterbitkan: 21 Jun 2026 6.46 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.52 PM
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Koperal Ahmad Khusyairee Samsudin, Koperal Ramlie Nayan, Konstabel Mohammad Syahrizan Mohammad dan Konstabel Mohamad Shakir Zufayri Shahidan dari Unit Rondaan Bermotosikal, Balai Polis Senawang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban atas keprihatinan membantu seorang warga emas yang terjatuh serta mengalami kecederaan di Jalan Senawang 3, Kawasan Perusahaan Senawang, Negeri Sembilan, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-posting-pilihan-yang-tua-dihormati-yang-muda-disayangi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:12 MYT

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Koperal Ahmad Khusyairee Samsudin, Koperal Ramlie Nayan, Konstabel Mohammad Syahrizan Mohammad dan Konstabel Mohamad Shakir Zufayri Shahidan dari Unit Rondaan Bermotosikal, Balai Polis Senawang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban atas keprihatinan membantu seorang warga emas yang terjatuh serta mengalami kecederaan di Jalan Senawang 3, Kawasan Perusahaan Senawang, Negeri Sembilan, semalam.

Bertindak atas rasa tanggungjawab, anggota terlibat segera memberikan bantuan awal sebelum mendapatkan sokongan Unit Kereta Peronda Polis IPD Seremban bagi membawa warga emas tersebut ke Balai Polis Senawang. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada waris dan selamat dibawa pulang ke rumah.

Tindakan ini mencerminkan nilai keprihatinan, tanggungjawab dan semangat kemasyarakatan yang menjadi teras warga Sang Saka Biru dalam menyantuni masyarakat. Syabas dan tahniah diucapkan atas komitmen serta dedikasi yang ditunjukkan.

ArtikelDiterbitkan 21 Jun 2026 6.46 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.52 PM