
Artikel
Posting Pilihan Warga Balai Polis Klang Utara Sertai Program Cintai Sungai Klang
Warga Balai Polis Klang Utara telah menyertai program Program Cintai Sungai Klang (Sungai Kapar Besar) bersama penduduk setempat di persimpangan masuk Jalan Ra...
Warga Balai Polis Klang Utara telah menyertai program Program Cintai Sungai Klang (Sungai Kapar Besar) bersama penduduk setempat di persimpangan masuk Jalan Raja Mokhtar 2, Pekan Kapar, Klang Utara, semalam.
Program anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang bertujuan memulihara kawasan persisir Sungai di Daerah Klang serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan komuniti setempat selaras dengan Pelan Tindakan Cintai Sungai Klang 2035.
Sinergi berterusan berlandaskan slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ ini bukan sahaja memperkukuh semangat kerjasama dan tanggungjawab sosial, malah memupuk nilai perpaduan antara Polis Diraja Malaysia dan komuniti setempat. Penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti seumpama ini turut menyokong usaha pencegahan jenayah serta pemeliharaan persekitaran yang lebih selamat dan harmoni
Sumber: Polis Daerah Klang Utara