Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Polis Johor Lupus Rokok Arak Seludup Rm2 5 Juta

Published: 25 Nov 2020 2.34 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 25 November 2020 – Polis Johor melupuskan pelbagai jenis rokok tidak bercukai bernilai RM2.5 juta membabitkan 30 kes selepas mendapat arahan pelupusan daripada mahkamah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-polis-johor-lupus-rokok-arak-seludup-rm2-5-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:03 MYT
Johor Bahru, 25 November 2020 – Polis Johor melupuskan pelbagai jenis rokok tidak bercukai bernilai RM2.5 juta membabitkan 30 kes selepas mendapat arahan pelupusan daripada mahkamah.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, barang rampasan itu melibatkan 12 kes daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan berjumlah RM820,000.

Menurutnya, 10 kes membabitkan IPD Iskandar Puteri bernilai RM916,618 manakala lapan kes dibawah IPD Seri Alam sebanyak RM763,382.

“Sepanjang tahun 2018 hingga Oktober 2020, sebanyak 467 siri serbuan, tangkapan dan rampasan melibatkan penyeludupan rokok dan arak tidak bercukai telah dijalankan di seluruh Kontinjen Johor.

“162 daripada jumlah tersebut adalah kes-kes yang disiasat IPD Johor Bahru Selatan, Iskandar Puteri dan Seri Alam dengan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.

“Pada hari ini, Polis Johor akan melaksanakan pelupusan bagi 30 kes yang telah selesai dari sudut siasatan dan pendakwaan serta telah mendapat arahan untuk melupuskan barang-barang rampasan yang bernilai RM2.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut https://www.kosmo.com.my/.../polis-johor-lupus-rokok.../

Sumber: Polis Johor dan
Kosmo Online

Posting Pilihan Polis Johor Lupus Rokok Arak Seludup Rm2 5 Juta

Posting Pilihan Polis Johor Lupus Rokok Arak Seludup Rm2 5 Juta

Posting Pilihan Polis Johor Lupus Rokok Arak Seludup Rm2 5 Juta

ArticlePublished 25 Nov 2020 2.34 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM