Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Kp Perak

Diterbitkan: 25 Nov 2020 3.00 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kontinjen Perak antara CP Dato' Pahlawan Mior Faridalatrash Wahid dengan DCP Dato' Pahlawan Haji Mazlan Santarai di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK), di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-saksi-majlis-serah-terima-tugas-jawatan-kp-perak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:11 MYT
Ipoh, 25 Ogos 2020 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kontinjen Perak antara CP Dato' Pahlawan Mior Faridalatrash Wahid dengan DCP Dato' Pahlawan Haji Mazlan Santarai di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK), di sini, pagi tadi.

Dalam ucapannya, Dato' Sri Acryl Sani percaya pengalaman luas yang dimiliki oleh Dato' Pahlawan Mior Faridalatrash mampu memacu lagi pentadbiran Kontinjen Perak ke tahap yang lebih disegani dan dihormati di masa hadapan.

"Saya yakin seluruh warga Kontinjen Perak akan memberi sokongan penuh dan kerjasama padu kepada Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash, sepertimana yang pernah diberikan kepada saya sebelum ini, bagi mengekalkan keselamatan dan keamanan di negeri Perak," ujar beliau.

Menyingkap sejarah perkhidmatan Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash dalam dunia kepolisan, anak jati Kuala Kangsar itu pernah berkhidmat dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang sebelum dilantik menjadi Ketua JSJ Kontinjen Kedah, Ketua Penolong Pengarah JSJ Bahagian D5, Bukit Aman dan seterusnya Timbalan Pengarah Siasatan / Perundangan JSJ Bukit Aman.

Turut berlangsung adalah Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Perak antara Datin Nor Qhodijah Abdul Wahab dengan Datin Rosiah Timah Jamiyor yang disaksikan oleh Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Ir. Zaitun Mohd Isa.

Hadir sama, barisan Ketua Jabatan IPK Perak, Ketua-ketua Polis Daerah dan rakan media.

Sumber:
ArtikelDiterbitkan 25 Nov 2020 3.00 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM