
Artikel
Posting Pilihan Perkep Jsjn Santuni Anak Anak Yatim Asnaf Dan Ibu Tunggal
Dalam majlis tersebut, Pengerusi PERKEP JSJN, SAC Datin Zalena Mohd Ariffin telah menyampaikan sumbangan kepada 21 orang ibu tunggal dan 60 orang anak-anak yat...
Bukit Aman, 22 April 2022 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman telah menyantuni anak-anak yatim, asnaf dan ibu tunggal dalam majlis iftar anjuran jabatan berkenaan yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, semalam.
Dalam majlis tersebut, Pengerusi PERKEP JSJN, SAC Datin Zalena Mohd Ariffin telah menyampaikan sumbangan kepada 21 orang ibu tunggal dan 60 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim/Asnaf Al Fateh, Gombak, Selangor dan warga JSJN Bukit Aman.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, DCP Zainudin Ahmad, Timbalan Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, DCP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN Bukit Aman, SAC Adnan Azizon dan warga kerja JSJN Bukit Aman.