
Artikel
Waragainstdrugs Posting Pilihan Kampung Nelayan Jadi Tumpuan Tokan Dadah Pengarah Jsjn
Dalam operasi tiga hari bermula Isnin lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menggempur 113 penempatan jeti haram dan perkampungan nelayan s...
Kuala Lumpur, 22 April 2022 - Polis menahan seramai 3,724 individu membabitkan tokan, penagih dan orang yang dikehendaki atas pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara dalam Op Tapis Khas.
Dalam operasi tiga hari bermula Isnin lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menggempur 113 penempatan jeti haram dan perkampungan nelayan serta 168 kawasan penagihan dan pengedaran dadah.
Seramai 2,241 pegawai dan anggota dari seluruh negara dikerahkan untuk menjalankan operasi itu dan secara keseluruhan JSJN menahan dan memeriksa seramai 4,761 orang yang berusia dari 13 hingga 70 tahun.
Pengarah JSJN, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi itu dilakukan selepas pihak berkuasa melihat berlaku kecenderungan aktiviti penagihan dadah dalam kalangan nelayan.
"Kita juga mahu kawasan penagihan ini dimusnahkan dan mengambil tindakan ke atas penagih-penagih tegar.
"Selain itu, operasi ini turut bertujuan mengesan dan menangkap "wanted person" atas kesalahan dadah, malah JSJN mahu mengambil tindakan pencegahan ke atas pengedar dadah yang sudah dikenal pasti," katanya dalam sidang media, di Bukit Aman hari ini.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Berita Harian Online





