
Article
Posting Pilihan Pengerusi Perkep Malaysia Teruskan Lawatan Kebajikan Ke Kontinjen Perak
Ipoh, 14 Februari 2024 - Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hari ini meneruskan lawatan kebajikan ke Kontinjen Perak...
Ipoh, 14 Februari 2024 - Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hari ini meneruskan lawatan kebajikan ke Kontinjen Perak dengan menyantuni warga PERKEP Briged Utara di Dewan Mes, Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.
Turut disantuni adalah bekas Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah, pesara DSP Rahmat Zakaria yang menghidap penyakit kanser buah pinggang.
Hadir sama, Naib Pengerusi PERKEP II Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datin Syamsom Syuhaila Razali, Pengerusi PERKEP Briged Utara, Puan Norsafura Hj. Said dan Urusetia PERKEP Malaysia, Superintendan Romaliza Ramli.
Sumber: PERKEP Malaysia