
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Sampaikan Amanat Pada Majlis Pemimpin Pdrm Bersama Pelatih Plak
Jempol, 22 Februari 2021 - Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Ramli Haji Din menyampaikan amanat pada Majlis Pemimpin PDRM Bersama Pela...
Jempol, 22 Februari 2021 - Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Ramli Haji Din menyampaikan amanat pada Majlis Pemimpin PDRM Bersama Pelatih Program Latihan Asas Kepolisan Siri 1 dan 3 Tahun 2020 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, petang tadi.
Antara intipati amanat Pengarah Pengurusan adalah mahu generasi baharu Pasukan mempersembahkan mutu dan kualiti kerja yang unggul di samping mengekalkan kelestarian PDRM sebagai agensi penguatkuasa utama dalam negara.
Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi), SAC Tuan Mohd Zani Che Din dan Komandan PULAPOL Air Hitam, ACP Tuan Ali Ahmad.
Kesemua pelatih PLAK siri 1 dan 3 tahun 2020 PULAPOL Air Hitam tersebut dijangka menamatkan latihan mereka pada 14 Mac depan.
Sumber:
Jabatan Pengurusan PDRM