Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Diterbitkan: 22 Feb 2021 9.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 64,442 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210222
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:12 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 64,442 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,247 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,518 anggota telah membuat pemantauan di 6,110 buah restoran, pasar raya (4,613), bank (4,204), penjaja (2,744), pasar awam/tani (2,265), kilang (1,618) dan pejabat kerajaan (847).

Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,786), tempat riadah (1,669), terminal pengangkutan darat (1,224), terminal pengangkutan air (294) dan terminal pengangkutan udara (102).

Semalam, seramai 509 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 466 dikompaun, 39 direman manakala empat (4) lagi individu dijamin.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
 Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (120)
 Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (111)
 Tiada penjarakan fizikal (95)
 Aktiviti Perjudian (54)
 Tidak memakai pelitup muka (49)
 Aktiviti Pusat Hiburan (37)
 Keluar rumah tanpa alasan munasabah (11)
 Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (8)
 Lain-lain (24).

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (22 Februari 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Se
ArtikelDiterbitkan 22 Feb 2021 9.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM