Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Hadir Sampaikan Sumbangan Banjir Pdrm Zon Utara

Published: 12 Nov 2024 4.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Alor Setar, 12 November 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Banjir Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi Zon Utara bertempat di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-hadir-sampaikan-sumbangan-banjir-pdrm-zon-utara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:38 MYT
Alor Setar, 12 November 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Banjir Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi Zon Utara bertempat di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pagi tadi.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis (KP) negeri, CP Dato' Fisol Salleh bersama timbalannya, DCP Adzli Abu Shah.
Dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Azmi berbesar hati menyampaikan sumbangan berbentuk “mock cheque” kepada Dato’ Fisol, Timbalan KP Perlis, SAC Baderulhisham Baharudin dan Ketua Cawangan Khas IPK Pulau Pinang, SAC Dato' Winston Tan Thye Wan yang mewakili kontinjen masing-masing.

Seramai 167 warga PDRM dari zon utara yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini layak menerima bantuan sumbangan wang tunai dari Tabung Kebajikan PDRM.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato' Ts. Azizee Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah dari zon utara.

Sumber: Polis Kedah

ArticlePublished 12 Nov 2024 4.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM