
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jspt Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Kedah
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) JSPT Bukit Aman, ACP Fauzi Osman dan barisan Ketua JSPT IPK Kedah, Perlis serta Pulau Pinang.
POSTING PILIHAN: PENGARAH JSPT ADAKAN LAWATAN KERJA KE IPK KEDAH
Alor Setar, 12 November 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pagi tadi.
Lawatan tersebut bersempena perjumpaan beliau bersama warga JSPT Kontinjen Kedah selain menyampaikan amanat kepada warga jabatannya untuk sentiasa memperkasakan penguatkuasaan dan siasatan.
Terdahulu, telah diadakan sesi kunjungan hormat antara Dato' Sri Mohd Yusri dengan Ketua Polis negeri, CP Dato’ Fisol Salleh dengan diiringi timbalannya, DCP Adzli Abu Shah di pejabatnya.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) JSPT Bukit Aman, ACP Fauzi Osman dan barisan Ketua JSPT IPK Kedah, Perlis serta Pulau Pinang.