Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Ditahan Bersama Dadah Rm200 400

Diterbitkan: 12 Nov 2024 3.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ipoh, 12 November 2024 - Menerima gaji bulanan RM2,000 untuk ‘menjaga’ dan membungkus bekalan dadah di rumah ‘majikan’ sebelum diedarkan individu lain.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-ditahan-bersama-dadah-rm200-400
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:46 MYT
Ipoh, 12 November 2024 - Menerima gaji bulanan RM2,000 untuk ‘menjaga’ dan membungkus bekalan dadah di rumah ‘majikan’ sebelum diedarkan individu lain.
Begitu habuan diterima seorang lelaki sebelum dia ditahan yang membawa kepada rampasan lebih 19 kilogram (kg) dadah jenis Heroin dan Ganja di sebuah rumah di Jalan St John, di sini, membabitkan nilai RM200,400 pada Khamis lalu.
Pemangku Ketua Polis Perak, DCP Zulkafli Sariaat berkata, dalam operasi itu, pihak polis merampas 18.992kg heroin yang dibungkus dalam 42 peket plastik lutsinar dan dua ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 0.96kg.

Menurutnya, semua dadah itu ditemui selepas polis dipandu arah suspek pertama berusia 41 tahun jam 6 petang.
Katanya, susulan itu, pihaknya menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun di dua lokasi berbeza pada Jumaat lalu untuk siasatan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 12 Nov 2024 3.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM