
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Bersama Pimpinan Tertinggi Kdn Sembah Mengadap Yang Di Pertuan Agong Di Istana Negara
Pengarah Jabatan Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Sa...
Kuala Lumpur, 13 Mei 2024 - Pengarah Jabatan Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi hari ini sembah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini.
Dalam sesi yang berlainan, turut sembah mengadap di Istana Negara adalah Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Seri Utama Ir. Hasni Mohammad, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Lih Kang dan Menteri Digital, Tuan Gobind Singh Deo.