
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jlog Rasmi Penutup Kejohanan Golf Piala Kpn Tahun 2024
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd. Manan merasmikan penutupan kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara (KPN) tahun 202...
Kuching, 13 Mei 2024 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd. Manan merasmikan penutupan kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara (KPN) tahun 2024 bertempat di Penview Convention Centre (PCC) Demak, di sini, semalam.
Jabatan Pengurusan Bukit Aman telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan, manakala tempat kedua dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sembilan dan diikuti dengan Kontinjen Perak di tempat ketiga.
Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata dengan diiringi timbalannya, DCP Datuk Ibrahim Darus.