
Article
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Timbalan Speaker Yang Di Pertua Dewan Rakyat
Kuala Lumpur, 17 Oktober 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Dat...
Kuala Lumpur, 17 Oktober 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Dato' Dr. Ramli Dato' Mohd Nor di Bangunan Parlimen, di sini, semalam.
Lawatan kerja tersebut diadakan bertujuan membincangkan syor untuk diangkat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam bagi menambah baik Skim Perkhidmatan Orang Asli ekoran daripada pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.
Taklimat tadi juga merupakan satu usaha Pasukan untuk mengekalkan dan menjamin Hak Kesamarataan Orang Asli serta mengekalkan kerelevenan fungsi dan peranan Orang Asli di dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta dapat menarik minat lebih ramai Orang Asli untuk terus memberi khidmat di dalam Pasukan.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohd Rodhi serta pegawai-pegawai kanan PDRM.
Sumber: Pasukan Gerakan Am - PGA