
Artikel
Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Rampas Syabu Rm10 Juta Disorok Dalam Suv
Kajang, 17 Oktober 2024 - Polis merampas Syabu seberat 315 kilogram dianggarkan bernilai RM10 juta dalam serbuan di tempat letak kereta sebuah restoran makanan...
Kajang, 17 Oktober 2024 - Polis merampas Syabu seberat 315 kilogram dianggarkan bernilai RM10 juta dalam serbuan di tempat letak kereta sebuah restoran makanan segera di Kajang Perdana, di sini, Sabtu lalu.
Beliau berkata dalam serbuan jam 8.38 malam itu, polis menemui 15 guni beras Siam mengandungi keseluruhan 20 bungkusan plastik teh herba mengandungi dadah di tempat duduk penumpang belakang serta but kenderaan.
"Kita turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang juga pemandu kenderaan terbabit dipercayai berperanan sebagai 'runner' (penghantar dadah).
"Hasil soal siasat mendapati suspek mendapat upah sehingga RM10,000 untuk setiap kali penghantaran," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, hari ini.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Berita Harian