
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jspt Hadir Majlis Kecemerlangan Kdn Tahun 2024
Putrajaya, 22 April 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) hadir Majlis Anugerah Kecemerlangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun...
Putrajaya, 22 April 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) hadir Majlis Anugerah Kecemerlangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2024 anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, di Putrajaya, semalam.
Seramai 214 orang pegawai telah diraikan atas kecemerlangan masing-masing bagi tahun 2024 iaitu lapan orang pegawai telah menerima Anugerah Sijil Khas Menteri Dalam Negeri, 173 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 23 orang menerima Anugerah Sijil Kepujian termasuk 10 orang personel MySTEP. Kesemua anugerah telah disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Hadir sama, barisan ketua agensi di bawah KDN dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Dato’ Fadil Hj. Marsus serta Komander Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN))