
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Edar Biskut Ganja Tumpas
Kuala Lumpur, 22 April 2025 - Kegiatan licik satu sindiket yang mengedar ''biskut ganja'' secara 'online' pada harga RM90 sepeket terbongkar selepas polis mena...
Kuala Lumpur, 22 April 2025 - Kegiatan licik satu sindiket yang mengedar ''biskut ganja'' secara 'online' pada harga RM90 sepeket terbongkar selepas polis menahan lapan individu termasuk dua wanita dalam dua serbuan berasingan minggu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak setahun lalu dan memperoleh bekalan dadah dari Thailand sebelum mengedarkannya.
Katanya, dalam serbuan pertama, lima lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 28 tahun ditahan di dua buah kediaman di Mont Kiara pada pukul 2.20 pagi Rabu lalu.
“Pemeriksaan mepjumpai tiga beg berisi Ganja mampat seberat 32 kilogram (kg) dan biskut Ganja seberat 2 kg,” katanya.
Menurut Rusdi, susulan serbuan itu, pihaknya turut menahan seorang lagi lelaki di hadapan sebuah residensi di Jalan Duta, kira-kira pukul 2.10 petang keesokan harinya.
“Hasil pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemui satu kotak mengandungi biskut Ganja seberat 7 kg.
“Keseluruhan rampasan dengan nilai pasaran dianggarkan RM105,000,” katanya.