
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jspt Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Johor
Johor Bahru, 12 Ogos 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kassim Karim telah mengadakan lawatan kerja bers...
Johor Bahru, 12 Ogos 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kassim Karim telah mengadakan lawatan kerja bersempena Mesyuarat Pengarah JSPT bersama Ketua-ketua JSPT dan Mesyuarat Kolaborasi JSPT - PLUS 2022 di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor, di sini yang bermula semalam sehingga 13 Ogos 2022.
Beliau juga berkesempatan memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada warga JSPT Johor agar sentiasa mempamerkan kualiti cemerlang dalam tugas yang diamanahkan.
Hadir sama, Timbalan Pengarah I JSPT Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nazri Husin dan barisan Ketua Penolong Pengarah JSPT.
Sumber: JSPT JOHOR