
Artikel
Artikel Pilihan Ibu Tunggal Mengaku Salah Didenda Rm8 000 Buat Hantaran Jelik
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2022 - Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghina Islam menerusi hantara...
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2022 - Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghina Islam menerusi hantaran dimuat naik menerusi Facebook, dua tahun lalu.
Hong Jia Ming, 34, yang bekerja sebagai perunding syarikat swasta membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.
Nor Hasniah turut memerintahkan Jia Ming menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik melalui perkhidmatan aplikasi laman web profil Joyceanne Hong pada 9.22 malam, 12 Mac lalu.
Hantaran itu menyebut 'How many idiots got brain damage thinking their gatherings prayers will keep them away from COVID-19' (Berapa ramai orang bodoh yang rosak otak beranggapan bahawa solat yang didirikan akan menjauhkan mereka daripada COVID-19) dengan perkataan 'so stupid' dan 'support them' (amat bodoh dan sokong mereka) dalam kotak undian.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../ibu-tunggal-mengaku-salah...
Sumber: Berita Harian